CARA MUDAH ATASI LENGUH BADAN DAN BISA URAT SARAF



Jom atasi masalah lenguh badan dan bisa urat saraf dengan 3 bahan ni.

Resepi ini membantu menyingkirakan angin berlebihan dalam urat saraf.
lnsyaAllah menjadi.

Bahan-bahannya:


Segenggam kacang hijau

   







21 hiris halia


seulas bawang putih





Tambah 5-7 cawan air.Agak2 lah ye.





Segenggam kacang hijau,21 hiris halia,seulas bawang putih..biar seketul macam tu je jangan dihiris.Masukkan semua bahan.Tambah 5-7 cawan air.Agak2 lah ye.


Kesannya,badan akan rasa lebih ringan.Sengal dan bisa badan juga boleh berkurangan.Disyorkan ambil 1@ 2 kali seminggu.



haa mudah kan??

jomla buat.

semoga pembaca sekalian dikurniakan kesihatan yang baik InshaAllah.



KELEBIHAN NENAS BATU TANAH ARAB

ASSALAMUALAIKUM

Alkisah, Abang sepupu dan Abang cik Jah baru balik dari Lubnan .

CikJah belanja sikit la noh gambaq dia yang kacak tu. (cikjah tau cikjah perahsantan)

We Proud of You Brother 💓

Jadi, deme2 ni pun pulang lah membawa kebaikan kebaikan dari tanah arab sana nun..

ANTARANYA ofcourse lah Nenas Batu dari Lubnan katanya..


HAMPA KENAI DAK RUPA NENAS BATU NI??

KALAU TAK KENAI.. NINDIA CIKJAH BELANJA 


Hat ni kalau dia dok kembang lagi. kering lagi. 


So, Hat After tu la rupa nenas batu lepas direndam dalam ayaq panaih.

CikJah ni nama ja perempuan kampung, tapi jamu jamu atau hasil pokok kayu yang berkhasiat ni manala CikJah tau.. 

Then, CikJah pun buat lah research sikit. 

OK, Serba sikit pasai Nenas Batu, ;- 

Nenas batu dipercayai berasal dari timur tengah. Pokok nenas batu hampir sama dengan nenas biasa tetapi daunnya lebih kecil dan tirus. Pokoknya juga jauh lebih kecil daripada nenas biasa. Buah nenas batu mempunyai ciri dan bentuk yang serupa dengan nenas biasa cuma ia bersaiz kecil dan bertangkai panjang.


Antara khasiatnya :
1. Mengecutkan rahim selepas bersalin, sekaligus menjadikan ibu-ibu awet muda.
2. Kalau rajin amal, tak perlu lagi jamu atau majun. Di dalamnya sudah terkandung berbagai-bagai khasiat untuk wanita.
3. Bagi ibu yang baru bersalin, untuk mengecutkan rahim, perlu ambil seminggu sekali sahaja.
4. Boleh jadikan ubat untuk menjarangkan anak – minum selama tempoh hendak menjarangkan anak.
5. Melawaskan kencing dan mengelakkan sakit batu karang serta buah pinggang.
6. Membantu melancarkan pembuangan angin.
7. Membantu ibu-ibu yang bakal menopause.
8. Bagi yang mengalami strok, minum dan sapukan pada tempat strok. Insya-Allah sembuh.
9. Jika rajin diamalkan minum air nanas batu, Insya-Allah 20 tahun lagi pun masih ehehehe..
10. Dikatakan mampu mengubati penyakit buasir.
11. Merendahkan paras kolesterol dalam darah.
12. Membuang toksin dalam badan.
13. Melancarkan perjalanan darah.
14. Mencantikkan bentuk badan
15. Menegangkan kulit

Nenas Batu ini amat baik untuk mengatasi masalah kelesuan,penurunan daya seksual, menjadikan pengaliran darah seimbang, memulihkan tenaga dan memulihkan segala urat yg rosak lepas bersalin, awet muda, masalah senggugut, keputihan, buasir, buang air berdarah…
Bukan untuk pompuan aje, laki pun bolehNenas Batu ni boleh guna berulang2 kali… bertahun2 kalau tak kerap guna. Kalau kerap guna pun rasa lebih dari setahun. Selagi kelopak dia mengembang bila dijemur… selagi tu la nenas batu ni tetap boleh digunakan

Cara-caranya : 
1. Basuh sehingga bersih.
2. Rendam dalam jag berisi air panas mendidih.
3. Biarkan satu jam (sehingga nenas batu itu menguncup).
4. Keluarkan dan tapis kalau terdapat sebarang serpihan kelopaknya. Air tersebut boleh digunakan sehingga 3 hari Minum setiap kali bangun tidur. Seelok-eloknya selawat la 3 kali sebelum minum.
5. Nenas batu yang sudah direndam jangan dibuang, jemur hingga kering di tempat yang ada cahaya matahari, minggu depan rendam lagi.
6. Buah ini bila direndam, kelopaknya akan tertutup rapat. Ia kembang semula bila dijemur. Jika kelopaknya tidak
boleh kembang lagi, tanda khasiatnya sudah habis dan boleh dibuang.
7. Nenas batu ini boleh digunakan sehingga setahun lebih, bergantung pada penggunaan.

SEMOGA BERMANAFAAT LA BUAT PEMBACA SEMUA NOH.

MOGA ALLAH AMPUNI SEGALA DOSA KITA.

Credit to: produk 2u

CARA SUZY BAE CUCI MUKA


Semua sedia maklum rutin kecantikan cara Korea adalah antara rejim penjagaan wajah yang hangat diperkatakan. Miliki kulit wajah segar dan bersih seperti kebanyakan selebriti Korea bagaikan suatu kemestian. Anda tak perlu mekap yang tebal semata-mata nak menutup cela, hanya tonjolkan kulit sihat berkilau sahaja dengan penuh yakin.


Menjadi kekasih hati kepada hearthrob Lee Min Ho, antara sebab kenapa ramai para gadis cemburukan gadis muda Bae Suzy. Tetapi bukan itu sahaja, di usia 22 tahun, beliau miliki kemasyuran, kemewahan bahkan kecantikan semula jadi tidak perlu disangkal lagi, rata-rata rakyat negara Ginseng memilihnya antara selebriti Korea tercantik. Walau tanpa mekap sekali, Suzy tetap buat kita yang perempuan menangis melihat kulitnya yang bersih. 

Rahsia penjagaan kulitnya, bagaimanapun agak mudah! Yang penting cuci muka setiap kali mekap dan jangan bawa mekap ke tidur. Menurut portal Preview, Suzy menggunakan kaedah pembersihan muka 4-2-4, bunyi macam rumit. Rutin kecantikan selama 10 minit akan memastikan wajah anda dibersihkan dengan sempurna dan bebas daripada segala kotoran.


“Saya mengambil masa yang lama untuk mencuci muka. Saya mencuci selama sepuluh minit atau lebih dengan mengurut muka sepanjang mencuci,” jelas Suzy.


Langkah 1 : 4 minit dengan oil cleansing



Langkah ini dilakukan selama empat minit, bersihkan mekap di keseluruhan wajah.

Langkah 2 : 2 minit dengan foam cleanser
Langkah seterusnya memerlukan masa selama dua minit iaitu mencuci wajah menggunakan buih sabun. Sebaik sahaja sabun pencuci wajah anda berbuih, cuci wajah anda dengan lembut menggunakan buih, jangan lupa urut muka secara perlahan.

Langkah 3 : 4 minit membilas muka dengan air bersih
Langkah terakhir, adalah mencuci wajah selama empat minit. Selepas membilas wajah anda dengan air suam-suam suku, selesaikannya dengan mencuci wajah guna air sejuk selama empat minit untuk mengecutkan pori-pori di wajah.

SENANG KANN... JOM PRAKTISKAN.

sini hakak belanja gambar suzy yang cun haa..







kredit : www.Wanista.com

PETUA KULIT CANTIK CARA KOREA

Jika anda seorang peminat drama Korea mesti perasan kulit muka orang Korea sangatlah bersih dan sihat. Tak kira lelaki ke perempuan kulit muka mereka flawless dan glowing habis! Dan kalau nak tahu orang Korea ni sangat menjaga kesihatan dan kecantikan dari dalaman. Sebab itu lah nenek-nenek di sana masih boleh melakukan aktiviti sukan yang lasak. Dahsyat betul.
Ini antara tips yang kita boleh ambil dan praktikkan dari pengalaman saudari Sakinah Omar sendiri.

Cara-Cara Orang Korea Jaga Muka & Badan

Sepanjang menetap di Jeju, ada banyak perkara yg kina belajar dari orang korea. Antaranya ialah cara orang Korea jaga kulit & badan. Kalau anda dtg korea mesti perasan kulit diorang ni banyak yg putih, bersih, dan badan pun slim je kan? Kina pernah tanya sendiri dengan kawan2 Korean cara diorg jaga kecantikan, so kat bawah ni kina list kan beberapa secret tips yg diorg bgtau dan hasil dari pemerhatian kina sendiri:

1) PENJAGAAN KULIT YG WAJIB ADA :
– pencuci muka (kina perasan ada yg cuci muka guna berus muka pobling tu, ni mmg sgt2 berkesan)
– toner
– moisturizer
Ketiga2 benda kat atas ni adalah benda asas yg setiap orang ada. Ada banyak lagi seperti serum, eye cream, night cream, essence etc.. tapi tiga2 di atas adalah yg paling basic. So kalau malas sangat nak ada cream banyak2, at least yg tiga tu mesti ada.

2) PEELING GEL
Ini roomate Korean kina sendiri yang bagitau. Peeling gel ni macam scrub yang exfoliate kulit2 mati & daki2. Wajib pakai sekurang2 nya seminggu sekali, paling afdhal 2 kali. Depends dengan jenis kulit juga, kalau jenis kulit kering pakai seminggu sekali je. Peeling gel untuk badan pun ada, sbb tu kalau tgk kulit badan diorg pun flawless dan licin.

3) SUNBLOCK
Kalau kat Malaysia orang kita pakai time nak pergi tepi pantai je kan, tapi org Korea pakai HARI-HARI. Kina pernah berbual dengan beauty consultant yg bekerja dengan It’s Skin dan dia sangat menekankan pemakaian sunblock ni. Tak pakai makeup takpa, asalkan pakai Sunblock. Bukan setakat muka, tangan pun sapu. Bila tak pakai sunblock kulit akan mudah kadi kusam, tumbuh bintik2 jeragat, jerawat, sunburn etc. Bagi org Korea sunblock ni benda basic juga dan tersangat2 lah penting.
Tak makan makan berminyak, banyak makan sayur & bersukan

4) TIDAK MAKAN MAKANAN YG BERMINYAK, TIDAK BERGULA, DAN JUMLAH GARAM YG MINIMUM
Kalau tengok menu makanan Korea, sangat jarang jumpa yang berminyak & manis. Banyak yang dibakar atau direbus je. Sebab tu kulit diorang terjaga dari dalam lagi, dan ini juga rahsia kenapa orang korea slim2.

5) BANYAK MAKAN SAYUR
Kalau sesiapa yg pernah pergi Korea mesti tau pasal ni, menu makanan diorg biasanya 1 mangkuk nasi + 1 main dish (ikan/ayam/sotong) + 6 jenis sayur. Dah la main dish tak berminyak, sayur pula 6-8 jenis. Rasanya semua orang tahu pasal kelebihan2 sayur ni dan tak perlu explain lagi.



6) BANYAK BERSUKAN
Waktu kina masih tinggal di dorm universiti, dorm tersebut memang sediakan bilik gym. Dan setiap hari gym tu mesti penuh. Kina perhatikan dalam bilik gym tu bukannya diorang setakat main gym je, ada yang buat yoga, dan ada yg buat zumba. Yang ini kalau di universiti, kalau di luar pula lain ceritanya. Kina pernah jadi private tutor english kepada 2 org veteran korea (umur dh 50 ke atas). Diorg kata, setiap weekend diorg pergi hiking gunung Hallasan gunung tertinggi Korea tu. Umur dah 50+ ok dan badan diorg mmg slim, kulit pun tegang mcm baru 45+. Kina sendiri pernah panjat Hallasan tu sekali je. So apa kata kita rakyat Malaysia ni dari spend weekend tengok wayang atau window shopping, cuba tukar aktiviti pergi bersukan pulak.. takkan nak kalah dengan makcik2 kat Korea ni kan.

7) PAKAI FACE MASK 2KALI SEMINGGU
Kawan2 Korean kina kat dorm dulu memang rajin sangat la pakai face mask ni, dan siapa yg pernah sampai korea mesti tau betapa banyaknya face mask dijual kat kedai sampai pening taktau nak beli yg mana. Mask ni sangatt membantu untuk lembutkan & buat kulit rasa refresh. Kina perhati kawan2 yg rajin pakai mask kan, kulit diorg licin jenis berkilat tu. Sangat glowing. Kalau anda tak mampu beli face mask Korea, buat face mask sendiri pun boleh. Kina selalu pakai telur je. Asingkan telur putih & telur kuning. Pakai telur putih dulu kat muka, lepas telur tu dah mengeras, bilas dengan air. Lepastu sapu telur kuning pulak. Paling best bila perah lemon / limau kat telur tu. Buat 2kali seminggu.



8) MAKAN SEAWEED
Seaweed dalam makanan Korea ni dah macam wajib ada. Ada seaweed yg dah diproses, ada juga seaweed fresh yg dimasak sup. Seaweed ni mengandungi banyak collagen yg sangat bagus untuk kulit. Dan org Korea selalu guna seaweed dalam masakan diorg. Siapa pernah makan seaweed sup? Sedap kan? Favourite kina tu.

9) TAUHU
Orang Korea juga sangat banyak makan tauhu, sama juga mcm seaweed, tauhu pun ada banyak khasiat untuk kulit. Kina pernah pergi visit rumah kawan Korea dan dia serve tauhu mentah + kimchi.. mula2 pelik tp bila makan sedap! Tauhu tu diorg makan colet dengan Kimchi mcm makan kopok lekor cicah sos hihihi

10) KOSMETIK SURGEY
Of course, ni tak boleh disangkal lagi. Tapi surgery ni diorg buat untuk betulkan mata, hidung, rahang muka etc.. untuk penjagaan kulit & dalaman adalah semua yg dah disenaraikan kat atas tu

So boleh dirumuskan kat sini, orang Korea banyak jaga kesihatan dan kecantikan dari dalaman lagi, pemakanan, aktiviti sukan etc. Lupa nak mention, mereka sangat menjaga kesihatan sebab health care kat sini sangat2 la mahal. Jadi seboleh2 nya mereka elakkan dari jatuh sakit dan masuk hospital.. sebabtu kalau kat Jeju ni nenek2 umur 70-90 tahun masih boleh diving dalam laut sedalam 20meter. Dahsyat kan?

Semoga info2 ini memberi manfaat. Boleh share kat kawan2.
sumber : Sakinah Omar

Search This Blog

Powered by Blogger.

Blog Archive

CARA MUDAH ATASI LENGUH BADAN DAN BISA URAT SARAF

Jom atasi masalah lenguh badan dan bisa urat saraf dengan 3 bahan ni. Resepi ini membantu menyingkirakan angin berlebihan dalam urat ...